Kemarahan ialah
salah satu tindak balas emosi apabila kita berada dalam keadaan diancam.
Kemarahan boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang kerana
kemarahan akan menyebabkan terdorongnya perasaan dendam. Dendam kesumat.
Sesungguhnya dendam
inilah yang akan mendorong kita menjadi masyarakat yang berpecah belah. Misalnya
apabila kita dicerca dan dihina, ia akan mendorong kepada emosi kemarahan dan
seterusnya membawa kepada tersimpannya dendam. Tersimpannya dendam ini adalah
suatu yang menyakitkan. Dendam akan terus meminta untuk dilepaskan juka kita
membendungnya dengan baik.
Ada sesetengah
insan menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain itu adalah suatu perkara
yang lemah. Suatu perkara yang menunjukkan hipokritnya diri kita. Ada juga yang
hatinya keras dengan berpendapat bahawa dendam ini perlu dibalas, luka diganti
dengan luka, darah diganti dengan darah dan sehingga nyawa pun turut perlu
diganti dengan nyawa.
Kita semua
seharusnya jelas bahawa memaafkan itu bukanlah sesuatu tindakan bagi seorang
yang penakut. Memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain adalah menunjukkan
kita lebih kuat. Kita kuat menahan suatu amarah yang berunsurkan dari serpihan
neraka itu sendiri.
Dendam bukan sahaja mendorong kepada terputusnya
silaturahim, malah ia juga akan menyebabkan tekanan yang berpanjangan, tambahan
lagi apabila dendam itu tidak dapat dilangsaikan.
Ada orang
menderita strok kerana disebabkan oleh mereka menyimpan dendam, dan ada orang
menderita sakit jantung juga kerana perkara yang sama. Semua itu disebabkan
hatinya dikuasai dendam yang membara-bara, tetapi dia tidak dapat melampiaskan
dendamnya itu.
Dendam yang berjaya
dilepaskan itu pastikah akan menenangkan jiwa? Atau ia akan terus menghantui kehidupan
kita?
Yang mampu
menenangkan ‘dendam’ itu hanyalah ‘memaafkan’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan