Sakit merupakan
salah satu daripada ujian yang berhikmah yang dikurniakan oleh Tuhan. Setiap
insan yang bergelar manusia tidak lari daripada ujian ini. Ia membuktikan
bahawa kita adalah hamba yang lemah.
Mahupun sakit
itu sementara atau berkekalan, ia bertujuan untuk mengingati kita kepada yang
lebih berkuasa. Bagi orang yang beriman kepada-Nya, sakit dan juga kematian
bukanlah suatu ketakutan, malah ia merupakan sebuah kedamaian kepada diri
mereka.
Tambahan pula,
sakit akan mengugurkan dosa-dosa kecil yang terkandung di dalam darah kita.
Kita sebagai hamba yang soleh dan solehah tidak sewajarnya mengeluh dengan
ujian ditimpa sakit ini. Malah kita seharusnya menjadikan sakit itu satu nikmat
yang diberikan oleh Allah kerana jelaslah bahawa tanpa kesihatan yang baik,
segala isi dunia ini seperti wang tiada lagi nilai. Kekayaan bukanlah penyembuh
kepada kesakitan.
Justeru jelaslah bahawa diuji dengan sakit ini akan
mengingati kita kepada Sang Pencipta yang Maha Agung lagi Maha Kaya.
Ingatlah juga
untuk kuatkan jiwa dan hati agar tidak mengeluh atas ujian yang ditimpa. Mengeluh
dan berputus asa dengan ujian yang diberikan oleh Allah akan mengundang kepada
dosa. Sesungguhnya Allah membenci orang yang berputus asa atas jalan-Nya.
Hadapilah ujian
ini dengan syak wasangka yang baik. Sakit ini ibarat ketika kita sedang lapar,
ia mengingatkan kita dengan makanan untuk mengenyangkan perut kita. Begitu jugalah dengan sakit, ia sepatutnya sentiasa
akan mengingatkan kita kepada yang Maha Menyembuhkan kita.
Sesungguhnya
sakit itu merupakan tanda sayangnya Allah kepada kita.