Setiap manusia mempunyai masa untuk
kita meluangkan masa seorang diri. Luangkan masa untuk berseorang diri di suatu
tempat ini sangat penting bagi setiap orang.
Hal ini kerana, setiap kali kita berhadapan dengan sesiapa pun, kita akan menggunakan tenaga sama ada dengan kadar yang banyak mahupun sedikit untuk kita berkomunikasi.
Hal ini kerana, setiap kali kita berhadapan dengan sesiapa pun, kita akan menggunakan tenaga sama ada dengan kadar yang banyak mahupun sedikit untuk kita berkomunikasi.
Bagi saya, meluangkan masa
bersendirian ini adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk dilakukan
setiap dalam tempoh 24 jam. Meluangkan masa dengan diri sendiri ini akan
membuatkan kita lebih mengenali diri kita sendiri selain daripada mampu memberi
ruang dan peluang untuk diri sendiri mencari erti siapa sebenarnya diri ini.
Dalam tempoh bersendirian ini, jangan
pula kita asyik memikirkan orang lain sama ada dengan maksud positif atau
negatif sekali pun. Dalam tempoh ini, berilah ruang sepenuhnya untuk diri kita
berkomunikasi dengan tenang tentang diri kita. Ini sangat penting juga bagi
setiap insan yang bergelar pelajar. Ia dapat membentuk satu identiti diri
masing-masing yang tanpa adanya titik tolak dari mana-mana sumber yang lain.
Jadikan diri sendiri sebagai satu kekuatan dan idola bukanlah satu kesalahan.
Jadikan diri sendiri sebagai satu kekuatan dan idola bukanlah satu kesalahan.
Meluangkan masa berseorangan ini
bukan bermaksud ‘kemurungan’, malah perkara ini dapat mengelakkan diri daripada
menghadapi masalah kemurungan.
Kemurungan adalah satu penyakit yang perlu dihadapi dengan segera kerana pada pendapat saya masalah kemurungan ini sangat sukar untuk dihadapi apabila ia mencapai pada tahap yang kritikal.
Kemurungan adalah satu penyakit yang perlu dihadapi dengan segera kerana pada pendapat saya masalah kemurungan ini sangat sukar untuk dihadapi apabila ia mencapai pada tahap yang kritikal.
Hargailah masa kita dengan diri
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan