Allah menguji
kita dengan mencampakkan kehidupan susah kepada kita, tetapi adakalanya Allah
menguji kita dengan kehidupan yang dipenuhi dengan insan-insan yang susah.
Namun apakah
tindakan kita terhadap mereka?
Manusia ini
pelbagai ragam layanannya terhadap golongan yang susah ini. Tidak kira susah
dari konsep apa sekali pun.
Sesungguhnya
Allah itu Maha Adil.
Janganlah kita
memandang hina terhadap insan-insan yang memerlukan bantuan ini. Tidak kiralah
sama ada bantuan dalam bentuk fizikal mahupun mental. Menjadi seorang sahabat
yang baik juga adalah salah satu ihsan yang baik kerana ramai juga manusia yang
hidupnya bukan sekadar sebatang kara, malah tiada seorang pun dalam hidupnya
bergelar sahabat atau seumpamanya. Menjadi seorang rakan baik kepada sang
pendiam juga merupakan satu sifat yang sangat mulia.
Jadilah insan
pertama yang akan menghulurkan tangan kepada sang yang memerlukan. Jangan biar
nafsu dan syaitan berfikir dua kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan