Menjadi seorang
pemimpin adalah sesuatu yang sangat mudah. Tetapi menjadi seorang pemimpin yang
adil lagi disegani dengan sikap amanah merupakan satu perkara yang sangat sukar
untuk dicapai oleh sesetengah pemimpin.
Semua orang
perlu tahu bahawa kita ini mesti akan menjadi seorang pemimpin, tidak kiralah
sama ada kecil kelompok bawahannya mahupun besar. Namun kita seharusnya juga
ingat bahawa tiada pohon mampu tumbuh tanpa akarnya, dan tiada akar bergerak
sebagai pohon.
Pada pendapat
saya, bagi seorang pelajar, menjadi seorang ‘ahli’ merupakan langkah pertama
untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani dan dihormati. Setiap pemimpin
seharusnya perlu merasa kehidupan sebagai seorang ‘ahli’ atau ‘rakyat’. Segala
susah dan senang yang dihadapi oleh ‘ahli’ seharusnya direnangi terlebih dahulu
oleh setiap pemimpin.
Langkah pertama
ini sangat mengajar kita menjadi seorang manusia yang sememangnya manusia. Pemimpin
yang hebat akan mendalami segala kehidupan rakyat supaya apabila anda sudah
menjadi pemimpin, anda tentunya akan memahami sepenuhnya perasaan dan kehendak
ahli. Ini membuktikan pemimpin dan ahli berada di bawah langit yang sama.
Selain memahami,
apabila kita menjadi ahli, kita akan belajar mendengar arahan, belajar memegang
amanah dan memikul tangjungjawab. Inilah perkara yang paling penting yang wajib
dipraktikkan sebelum anda bergelar pemimpin.
Bagi yang
bernasib baik (kebanyakkan), kita akan diuji dengan adanya pemimpin yang zalim.
Di sinilah kita akan diuji dengan dihina, dicerca, diludah, dibuli, dipijak,
dikianati dan seumpamanya. Terlalu ramai pemimpin-pemimpin dunia ini dihina dan
diludah sebelum bergelar pemimpin.
Untuk
pengetahuan tambahan juga, sebagai seorang pemimpin, dihina dan dicerca oleh
rakyat atau ahli sendiri itu sudah menjadi suatu yang lumrah. Pemimpin yang
tergelincir dari ujian ini majoritinya telah menjadi Raja Kuku Besi.
Sebagai simpulan
kata, semakin berat ujian yang kita hadapi, semakin tinggi peratus kematangan dan
keadilan kita menjadi pemimpin. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan